Sebuah Blog Informasi Yang Mengandungi Pelbagai Info - Info Menarik Dan Terkini
Create your own banner at mybannermaker.com! 14/6-14/8
WOW! - Jawab SATU soalan, boleh menang iPhone 5 atau Samsung S4? Serius senang!
Home » , , , , , , , , , , , , , » Omg! - Remaja tak boleh tutup mulut selepas menguap didalam kelas

Omg! - Remaja tak boleh tutup mulut selepas menguap didalam kelas

Written By taoslayerz on Monday, April 11, 2011 | 12:04 PM

TAOTAUAJER - Macam-macam kerenah deorang nieh..boleh jadi seorang remaja menguap sampai tak boleh nak tutup mulutnya pulak selepas itu.



KINGSTHORPE, Britain - Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, Holly Thompson tidak dapat menutup mulut selepas dia menguap semasa berada di dalam kelas di Sekolah Perempuan Northampton di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, dia meminta seorang rakan menutup mulutnya tetapi apa yang berlaku ialah dia berasa sakit semasa percubaan itu dilakukan.

Holly kemudian dihantar menemui seorang jururawat sekolah tetapi dia gagal untuk menutup mulutnya walaupun air panas dan ketul ais diletakkan di bawah dagunya.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Besar Northampton dan rahangnya terkatup semula selepas 26 batang kayu kecil mirip batang aiskrim dimasukkan ke dalam mulutnya.

Dr. Ejiro Obakponovwe memasukkan batang kayu itu yang diikat dengan pita pelekat dengan tujuan untuk menjadikan rahang Holly menjadi letih kerana gigi Holly menggigitnya buat seketika.

Doktor wanita itu menarik perlahan-lahan batang kayu tersebut sebelum dia memegang kedua-dua pipi pelajar tersebut dan menutup mulut Holly.

Pelajar itu kemudian dapat menutup semula mulutnya tanpa berasa sakit. - Agensi

Ish-ish tu la nguap besar-besar sangat ... nie puncanya otot pada rahang kejang tu pasal jadi macam tu, tao pon penah mengalami perkara seperti ini tapi xde la seteruk ini. Cuma selepas menguap tu macam sakit-sakit sikit nak tutup mulut. So agak-agak la bile nak menguap tu..jangan melebih-lebih sangat nanti terima la akibatnya seperti macam ini. Selamat beramal...hehe

Photobucket
SUMBER | KOSMO ONLINE
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
Share this article :
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

ARTIKEL BUSUK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger